Adelea Suhaimi

By: Adelea Suhaimi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Jul-2007 21:22 Email | Share | | Bookmark
Summary of My Life




Monday, 2-Jul-2007 15:28 Email | Share | | Bookmark
Senang-senang Hati Di Putrajaya

Mula-mula masuk, sesat cari tempat wudu'
 
Gah sungguh ofis PM kita
View all 8 photos...
Pada satu petang Sabtu, aku & member pergi Putrajaya. Objektif yang cuba dicapai adalah meng"survey" Tasik Cruise untuk dinner geng kitaorang. Sajer nak bergaya & dinner kat tempat yang luar biasa.



Kebetulan malam tu ada perasmian Warna-warni Malaysia (betul ke aku tulis....???). Tapi, lebih kurang macam tu lah bunyinya. Aku ajak member aku stay sampai malam. Bolehlah bergaul dengan masyarakat Malaysia sikit. Better apa daripada balik rumah & tgk Cerekarama. Tapi, member aku maleh. Hangin satu badan....!!!

Nasib baik member aku ajak naik Perahu Dondang Sayang. Jadi, hangin satu badan pun kurang disebabkan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa masa naik perahu. Syok woo..... Dahlah pasang lagu keroncong. Aku perasan cam aku berlakun cerita Pendekar Bujang Lapuk....Alaaa....yg masa Bujang Lapuk ket jeti, lepas tu bergaduh, lepas tu pergi Kg. Pinang Sebatang tu... Macam tu lah aku rasa. Best....best...


Wednesday, 18-Apr-2007 01:05 Email | Share | | Bookmark
Kisahku Di Kampeni Lama II

Bdk yg pgg bunga manggar nie nak jual kat kitaorg harga RM 0.20
Steadylah makcik. Relaks jer makcik2 nie pkl kompang tgh panas.
Aku terlupa nak aplod gambar-gambar nie. Nie masa launching kilang baru ex-kampeni aku. Merasa gak aku tgk kilang baru tu. Diaorang buat launching tu seminggu sebelum last day aku.

Hari nie masuk hari ketiga aku menganggur. Tapi, aku dah kurang sayu. Aku kena pikir apa aku nak buat skang nie. Cari kerja...buat business....or buat bodoh....???? Muaaahhhaa...Apa daa....sendiri buat lawak sendiri gelak.

Eniwei, paling penting pada time camni ialah sokongan daripada mak ayah aku & Geng Tat Seng a.k.a my best friends (copyright of "Selipar Jepun Cap Tat Seng"). Terima kasih semua.......... Aku dah establish nanti, aku belanja makan. Especially kepada mak & abah aku yg tak berhenti mendidik aku menjadik manusia berguna. Terima kasih mak & abah. Sebak la pulak........Waaaaaaaaa...........


Monday, 16-Apr-2007 03:46 Email | Share | | Bookmark
Kisahku Di Kampeni Lama

Di saat-saat aku tgh boring masa training hari Ahad.
Meja aku yang berselerak.
Raya 2006 Dinner. Sebenarnya budak nie lebih kepada muka bapak.
Aku still dalam mood sayu. Sebab berhenti kerana terpaksa. Skang nie duduk kat rumah mak bapak semula. Jadi penganggur. Aku sebenarnya suka kerja kat situ. Geng pun best.... Tapi, takdak rezeki. Takpelah...


Saturday, 16-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Balik Kampung

Tiang telipon kat Pekeliling. Boringnya tunggu bas.
"K"
Mamat nie tidur dari KL sampailah ke kg. aku. Hebatlah!
Aku sebenarnya kurang suka naik bas balik kampung. Pasal kena duduk tanpa buat apa-apa. Payah untuk orang cam aku duduk tanpa buat apa-apa. Tak reti aku.... Tapi, demi menjana kekuatan ekonomi poket ku & jugak poket empunya syarikat-syarikat bas Malaysia, aku pun naiklah bas. Kiranya seolah-olah aku nie berkhidmat untuk negara jugaklah...

Gambar mostly hitam putih. Baru nak belajar amik gambar takde warna.

P/s: To 'K", I enjoyed sitting beside you on the bus. Thanks for the interesting conversation. At least you made the trip more bearable. Hope we'll meet again. Or, you can call me... (I don't know about you but I still have your no.)


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net